Koswer Matematik Operasi Tolak
Koswer Matematik Operasi Tolak adalah sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam bentuk digital yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam membantu murid-murid dan guru-guru di sekolah rendah. Koswer ini dihasilkan melalui perisian Articulate Storyline. Dengan menggunakan perisian ini, keberkesanan interaktif dengan pengguna dapat ditingkatkan. Hal ini kerana ia merangkumi animasi, video, audio, gambar dan text dalam setiap slaid koswer. Permainan “Quiz” yang menarik sehingga mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Penggunaan koswer multimedia interaktif dapat menarik minat dan mengekalkan tumpuan murid-murid serta dapat belajar di mana-mana tempat. Murid-murid boleh belajar secara sendiri dengan berinteraksi terhadap bahan multimedia ini. Hal ini kerana koswer ini telah menyediakan ruangan pembelajaran kendiri yang menarik dan sesuai dengan sukatan. Koswer ini juga merangkumi penjelasan konsep operasi tolak, tutorial yang pelbagai, latihan pengukuhan, permainan dan manual pengguna.
Maklumat yang selanjutnya, sila layari: https://youtu.be/bW80fYcNvog atau scan QR code ini.
